20 August 2005 - Setelah
tertangguh, akhirnya Defence muncul juga di Casanova
Fun Pub pada malam ini. Kumpulan ini yang sepatutnya
membuat persembahan pada 13 August yang lepas
terpaksa akur dengan kehendak pihak promoter menangguhkan show
dan gig kali ini disertai sebanyak
6 band.
Muncul Di Silveritage Galleria 9 July 2005 - Setelah sekian lama tak beraksi, kumpulan ini muncul kembali di Silveritage Galleria, membuat persembahan sebagai band undangan. Ini merupakan kali pertama band ini muncul dengan bassist barunya. Selain itu, ....
Defence Dah Ada Bassist Baru!
10 April 2005 - Kumpulan ini akhirnya mendapatkan khidmat abang kepada guitarist utama iaitu Mie sebagai pemain guitar bass menggantikan Tapa yang dah lama meninggalkan kumpulan ini. Pada mulanya, dia hanya sebagai sessionist tapi akhirnya dipelawa untuk terus kekal dalam kumpulan ini. Dia setuju.
17 November 2004 - Dah lama website ini tak dikemaskini, sebab agak sibuk dengan aktiviti lain yang takde kaitan dengan muzik. Baru-baru ini, Deth dan anggota kumpulan ini Hammet, Ulrich dan Mie (anggota sementara) telah mengadakan sessi jamming pembukaan di studio muzik yang baru dibuka di Ipoh, terletak di pusat bandar Fair Park.Studio ini milik rakan baik Deth, iaitu Mr. Hasbul yang berpengalaman dalam bidang sound technical. Apa yang menarik, Defence merupakan band yang mula-mula merasmikan pembukaan studio ini yang mula beroperasi pada 9 Oktober 2004 yang lalu.
Band Projek Untuk Projek Terbaru!!!
25 May 2004 - Projek terbaru Deth dan Hammet, kini sedang sibuk membuat latihan untuk mengadakan persembahan
pentas tidak lama lagi. Persembahan kali ini tidak disertai oleh drummer Ulrich,
tapi menggunakan khidmat orang lama Am (pernah bersama Deth dalam persembahan di Carsem Nite '96 dahulu) tambahan
ia menggunakan konsep vokal secara duet.
20 May 2004 - Sebenarnya ia bukanlah album demo dari kumpulan
ini. Deth baru menyiapkan sebuah album Demo
untuk vocalist Safa di studio mini Defence sendiri untuk
dihantar kepada Sony Music Entertainment(M).
Album ini menggunakan sumber lagu-lagu Minus One Original
dan merakam suara penyanyi satu-persatu, membuat "editing" lalu
memasukkan suara penyanyi menggunakan kaedah "mixing". Kepada SONY Music, harap dapat pertimbangan
yang sewajarnya, ok!
Pelbagai Link Menarik Dikemaskini!!! 22 April 2004 - Seperti yang telah dijanjikan, webmaster hampir selesai memuatkan pelbagai link menarik di ruangan bawah laman ini. Antaranya, link berkaitan isu-isu global menyentuh bidang militari, peperangan, politik, kemanusiaan, alam sekitar dan tak kurang juga hal-hal berkaitan fenomena misteri seperti UFO dan sebagainya. Anda boleh beri cadangan jika ada link ke laman yang menarik untuk di tatapi. Sila lihat di dalam petak merah/jingga di ruangan bawah laman ini...
Domain Baru Defence
Lebih Ringkas
1 April 2004 - Setelah sekian lamanya, kini
Defence sudah mendaftarkan domain terbarunya yang lebih
ringkas dan mudah, dapat menghalang Pop-Up dengan menaip
..."www.defence.co.nr/"...! It looks better than
..cjb's..!Domain ini akan
digunakan secara giat untuk memperkenalkan band
ini ke serata planet! Ikuti
perkembangan seterusnya!
Mac 2004 - Sejak kebelakangan
ini, drummer kumpulan ini telah menyepikan diri dan tidak lagi
menghubungi anggota lain dalam kumpulan ini. Tidak diketahui
ke mana perginya. Apabila cuba dihubungi, tapi tiada jawapan. Menurut Deth, kemungkinan ia berpunca dari beberapa
krisis "panas" yang berlaku dengan anggota kumpulan
kebelakangan ini, dan kerana itu dia bertindak membawa diri.
20 Februari 2004 - Sejak
kebelakangan ini, kami banyak menerima email dari orang
yang tak dikenali nama dan alamatnya. Kami berterima kasih
jika email yang dikirim bermotif positif dan begitulah
sebaliknya. Untuk pengetahuan,kami tidak akan membuka
email sedemikian sebagai langkah keselamatan. Tambahan
pula, sebaran virus melalui email sedang rancak
diperkatakan. Kami tidak dapat pastikan apakah bahan yang
dikirim sama ada ia berkaitan dengan kumpulan ini atau tidak,
adakah berupa maklumat, komen atau apa saja maupun virus
kerana kami pernah mengalami keadaan ini dimana ada orang
tertentu yang mungkin rasa tak puas hati atau tak sihat akal
yang mengirim virus ke komputer kami.Ada email yang
mengiklankan produk mereka, ada pula email yang kosong,
tidak ada kandungan apa-apa di dalamnya dan bermacam-macam
lagi. Oleh itu, kami meminta maaf jika email anda yang
tidak dikenali tak dapat dilayan. Jika ada apa-apa komen, sila
lawati ruangan Buku Pelawat di sebelah kiri
ruangan ini dan anda boleh berikan apa saja komen, kritikan
dan sebagainya, dan jangan lupa berikan alamat email
anda sekali untuk kami reply jika perlu. Semua orang
ada hak untuk berkata apa saja yang mereka suka. Tapi sebelum
itu, cerminkan diri sendiri dahulu, ok!!
Bassist
Sementara Abang Kepada Guitarist
18 Februari 2004 - Ramai kawan-kawan yang
bertanya, bagaimana kumpulan ini menjalankan latihan tanpa
"bassist", sebenarnya buat sementara waktu, kumpulan ini
menggunakan khidmat abang kepada guitarist, Hammet
iaitu Mie sebagai bassist sementara sehingga kumpulan
ini mendapatkan pemain "bass"nya sendiri. Boleh tahan juga dia
ni!
Video pertandingan di Jusco Fest baru
diterima 7 Februari 2004 - Kami baru
memperolehi video pertandingan di Jusco Fest' 03 yang diadakan
pada bulan Oktober tahun lepas. Antara kandungan di dalam
video itu adalah persembahan kumpulan sebanyak dua lagu, serta
video beberapa kumpulan yang turut menyertai pertandingan itu.
Lihat paparan 'screenshot' pada link ini.
11 Disember 2003 - Kumpulan
ini sedang dalam proses untuk mendapatkan bassist terbaru bagi
menggantikan tempat Tapa yang bakal meninggalkan kumpulan ini.
Defence Lancar Web Wajah
Baru 5 November 2003 - Laman web kami kini berwajah
baru. Defence melancarkan web wajah barunya pada hari ini dan
kini ia tidak lagi menggunakan Java Applet di halaman depan.
Sebaliknya semua link cuba diletakkan di paparan utama laman
ini agar ia mudah di akses. Semua
kerja pembaharuan ini adalah usaha dari vocalist, Deth.
Bassist Ambil Keputusan Undur
Diri 13 October 2003 - Bassist, Tapa mungkin akan
menarik diri dari menyertai kumpulan ini buat selama-lamanya. Menurutnya, ini adalah kali terakhirnya
bersama kumpulan ini. Dia inginmenumpukan sepenuh
perhatian kepada urusan bisnesnya di Sabah.
Tewas Tapi Berjaya! 12 October 2003 -
Akhirnya Defence tewas dalam pertandingan akhir yang
baru diadakan. Tetapi yang menggembirakan, pemain gitar
utama kumpulan ini, Hammet terpilih sebagai pemain gitar
terbaik dan dihadiahkan sebuah gitar elektrik
jenama popular.
Link di bawah
sengaja kami muatkan sebagai sebahagian dari kecenderungan dan info yang
kami miliki tapi ia tidak ada kena mengena dengan muzik.'It is nothing
to do with our music!'
Ada sesiapa yang boleh explain benda ni!..sila email
kami....gambar objek ni diambil
di hadapan Masjid Putrajaya oleh Deth
ketika sampai di sana bersama Ulrich di waktu subuh,
beberapa tahun yang
lalu.
Lihat apa yang
terjadi ke atas seluruh bandar kesan dari mala petaka kebocoran loji
nuklear di Chernobyl, Ukraine (dahulunya Rusia) pada tahun 1986. Ramai
penduduk yang terselamat telah mengalami penyakit kanser selepas hampir 20
tahun insiden ini terjadi. Angin juga mampu menyebarkan partikel
radioaktif ke negara-negara Eropah di sekitarnya dan dipercayai boleh
sampai sejauh benua Amerika. Imej boleh disimpan sebagai wallpaper untuk
skrin resolusi 800 x 600.
[Disclaimer! Mesej ini
mengandungi kata-kata yang provokatif dan kami tidak akan bertanggungjawab
dan tiada kaitan terhadap kejadianyang telah atau akan berlaku selepas
ini!!!]
Alhamdulillah akhirnya berjaya
juga menyiapkan projek website ini. Penghargaan dan terima kasih kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini terutamanya kepada Mr.Cibo
(Cibo@pasarweb.info) , bandmate Ulrich, Tapa, Hammet dan sesiapa saja yang menyumbang
bahan berupa foto, software dan sebagainya. Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan seperti Mr.Pisang, Mr.Toman dan juga Webmaster kami. Terima
kasih tidak terhingga untuk keluarga, rakan-rakan yang turut membantu dan
tidak lupa terima kasih kepada Tuhan. GOD is Great! Tujuan utama kami
membuat laman ini bukanlah kerana berbangga diri, tapi kami ingin
mendokumenkan setiap aktiviti, hobi, aset, prinsip atau apa saja yang kami
miliki yang kami fikirkan perlu untuk tatapan kami sendiri, rakan-rakan
dan pengunjung semua dalam bentuk website. Kami bukanlah artis profesional
yang dikenali ramai sehingga menjadi kegilaan peminat. Ada peminat artis
tertentu sanggup menghafal biografi, sejarah hidup, kisah peribadi dan
segala-galanya tentang artis kegilaannya, sehinggalah ke nombor telefon
artis pun turut diketahui. Oleh itu, kami fikir perlu ada suatu medium
untuk kami merakamkan apa yang telah dinyatakan di atas sebagai khazanah
berharga kami, seperti mana anda menyimpan album foto anda. Tambahan, ia
boleh menjadi rujukan elektronik kami atas apa yang telah kami lalui di
masa lampau selagi mana Webmaster dan hos ini wujud. Last but not least,
kami ingin menyahut cabaran di zaman teknologi yang serba canggih ini
sejauh mana yang kami mampu.
Pandangan Atau Pendapat Dalam Laman Ini
TIDAK Semestinya Menunjukkan Sikap Semua Anggota Kumpulan Ini Selain
Beberapa Hal Yang Tertentu Sahaja.